Wednesday, July 8, 2009

Pemandangan Waktu Senja Di Kg Johor Lama, Sungai Johor

Muridku oh muridku

PPSMI

PPSMI Akan Dimansuhkan?!

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dimansuhkan sepenuhnya pada Tahun 2012, iaitu tiga tahun lagi dari sekarang. Pengumuman ini baru dibuat oleh menteri pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata bahawa di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2012. Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementerian untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris. Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai PPSMI.